Curves Gimnasium Khas Untuk Wanita

22 Apr Curves Gimnasium Khas Untuk Wanita

WANITA pasti menyukai konsep gimnasium yang menawarkan perkhidmatan eksklusif untuk mereka. Privasi pasti menjadi prasyarat utama bagi golongan wanita berkerjaya melakukan senaman. Namun kekangan masa sudah pasti menjadi halangan utama bagi mereka.

Justeru, kewujudan gimnasium Curves, sedikit sebanyak memberikan pilihan kepada wanita berkerjaya merehatkan minda disamping melakukan senaman tanpa sebarang gangguan.

Menurut Pengarah Urusan Curves Malaysia dan Singapura, Alison Chin semua alat senaman di gimnasium tersebut direka khas untuk menguatkan sistem kardiovaskular, tulang dan otot sekaligus dapat mengurangkan risiko menghidap osteoporosis pada usia tua.

Read more here