
Evolusi Kecergasan Untuk Wanita
Curves bukan sekadar studio senaman litar wanita. Kami menyediakan ruang selesa untuk wanita membina kekuatan dan keyakinan diri dengan sokongan komuniti yang sentiasa ada bersama anda. Komitmen kami adalah untuk membantu anda meningkatkan tahap kesihatan, serta membina kecergasan jangka panjang dengan konsisten.
Selamat Datang ke
Komuniti Curves Malaysia!
Saya sentiasa mengagumi tenaga positif dalam dunia kecergasan. Namun, seperti kebanyakan wanita, saya sering berdepan rasa kurang selesa apabila bersenam di gimnasium biasa, terutamanya apabila faktor privasi terhad, terpaksa berkongsi ruang dengan lelaki termasuk rakan sekerja sendiri.
Dengan melihat impak positif daripada senaman dan pemakanan yang betul, saya amat teruja untuk berkongsi manfaat ini dengan orang tersayang, terutamanya ibu saya. Malangnya, perjalanan beliau bertukar menjadi detik yang sukar apabila seorang jurulatih peribadi memaksa beliau bersenam melampaui had kemampuan. Ia mengakibatkan cakera tergelincir (slipped disc) yang serius sehingga hampir melumpuhkan beliau. Proses pemulihan yang dilalui sangat panjang, menyakitkan dan menuntut kos yang amat tinggi.
Detik perubahan sebenar berlaku apabila saya melihat sendiri bagaimana sebuah pusat kecergasan khusus wanita di Australia berjaya membantu sepupu saya beralih daripada fasa kehidupan yang penuh tekanan, kepada gaya hidup yang sihat serta berkeyakinan tinggi. Melalui inspirasi itu, saya membawa jenama Curves ke Malaysia, sebuah gim wanita yang menawarkan senaman litar berpandu selama 30 minit, demi menyediakan ruang alternatif yang selamat dan direka khas untuk wanita.
Melalui kehadiran Curves di Malaysia, kami telah menjadi saksi kepada transformasi ribuan wanita yang berjaya membina semula keyakinan diri dan kesihatan mereka. Kami berasa bangga dapat terus melangkah bersama mereka dalam menjayakan misi memperkasakan wanita secara menyeluruh.
Alison Chin
Pegawai Eksekutif, Curves Malaysia


Sejarah Curves
Curves merupakan antara rangkaian kelab kecergasan wanita terbesar di dunia. Kami terkenal dengan senaman litar 30 minit yang melatih setiap kumpulan otot utama melalui latihan kekuatan, kardiovaskular dan regangan. Malah, kehadiran jurulatih sentiasa ada jurulatih sentiasa hadir di setiap sesi bagi memastikan teknik senaman yang betul, menjawab sebarang pertanyaan serta memberikan sokongan moral kepada ahli.
Pengasas Curves, Gary dan Diane Heavin, merupakan pakar berpengalaman dalam industri kecergasan dan penjenamaan. Mereka diiktiraf sebagai pelopor fenomena kecergasan ekspres yang telah membantu lebih 4 juta wanita di seluruh dunia, didorong oleh minat yang mendalam serta komitmen tinggi terhadap kesihatan wanita.
Pasangan Heavin membuka cawangan Curves pertama pada tahun 1992 di Harlingen, Texas. Konsep kecergasan 30 minit yang inovatif ini menggabungkan latihan kekuatan dan aktiviti kardiovaskular secara berterusan melalui sistem rintangan hidraulik yang selamat serta berkesan. Kejayaan Curves berdasarkan dua faktor utama. Pertama, pendekatan praktikal yang memenuhi keperluan gaya hidup wanita moden yang sibuk. Kedua, gim wanita yang sentiasa memberikan sokongan positif.
Sejak penubuhannya, Curves dibina atas matlamat yang berbeza daripada gimnasium konvensional. Selama lebih 20 tahun, kami telah membantu wanita mentransformasi kehidupan mereka, dan misi ini akan terus diperkasakan melalui program-program yang dinamik, efektif, serta relevan dengan keperluan setiap ahli.
Curves sentiasa terbuka untuk semua wanita yang ingin tampil lebih sihat, cergas, dan bertenaga.
Bersedia Untuk Bermula?
Kunjungi gim wanita Curves, dapatkan bimbingan daripada jurulatih profesional, dan ketahui bagaimana program latihan Curves boleh membantu anda kekal aktif dan sihat.

