
Sertai Jenama Kecergasan Wanita Terkemuka di Dunia
Curves percaya bahawa senaman setiap wanita haruslah seunik diri mereka! Sebab itu, sesi senaman litar direka khusus supaya lebih inklusif, menyeronokkan, dan memberi inspirasi untuk semua tahap kecergasan.
Kehadiran jurulatih di dalam litar memastikan setiap ahli sentiasa mendapat dorongan dan tidak pernah berasa sendirian.
Bagi anda yang baru ingin bermula mahupun yang sudah lama mengamalkan gaya hidup aktif, ketahuilah bahawa jurulatih kami akan sentiasa bersedia untuk membimbing, mendorong, dan menyuntik semangat anda!

JAWATAN KOSONG
Sertai Curves dan Bina Kerjaya Anda!
Pengurus Kelab (Wanita Sahaja)
Sertai kami sebagai Pengurus Kelab yang berwibawa. Calon yang dicari mestilah seorang pengurus yang pragmatik, memimpin dengan teladan, meletakkan kecemerlangan pelanggan sebagai keutamaan, serta memahami landskap perniagaan kecergasan secara menyeluruh. Anda akan bertanggungjawab terhadap kestabilan kewangan kelab, prestasi pasukan, serta pengalaman keseluruhan ahli.
Tanggungjawab Utama:
- Pengurusan Operasi: Memantau keseluruhan aktiviti harian kelab bagi memastikan setiap operasi selaras dengan polisi dan standard jenama, serta mengekalkan persekitaran gim yang bersih, kondusif dan bertenaga tinggi.
- Prestasi & Pembangunan Pasukan: Mengenal pasti ruang untuk memperbaiki jurang prestasi setiap ahli kakitangan serta merangka program latihan bagi mempertingkatkan kemahiran dan motivasi pasukan.
- Prestasi & Pengurusan Keahlian: Memastikan kelab sentiasa berkembang maju melalui pengurusan aliran kemasukan ahli baharu (Leads > Appointments > Sales) di samping memperkukuh strategi pengekalan ahli.
- Pengurusan Pengekalan Ahli (Retention): Memastikan kestabilan keahlian dengan mengekalkan kadar penamatan (attrition rate) di bawah 4% melalui pelaksanaan sesi "Monthly Coaching" dan pemantauan maklum balas ahli.
- Strategi Promosi Kelab: Merangka dan mengurus kalendar program bulanan yang berstruktur serta pelan penjanaan prospek tetamu baharu.
- Pengurusan Kewangan & Pentadbiran: Mentadbir Sistem Pengurusan Kelab (Curves OSE) termasuk memastikan rekod data yang tepat, kelancaran proses pengebilan, pengurusan inventori serta penyediaan laporan kewangan.
Kemahiran & Kompetensi Diperlukan
- Kepimpinan: Mempunyai rekod prestasi yang terbukti dalam menguruskan pasukan, mengagihkan tugasan secara berkesan, serta mengekalkan persekitaran kerja yang positif dan penuh motivasi.
- Kecemerlangan Perkhidmatan: Mempunyai kemahiran interpersonal yang tinggi dengan tumpuan mendalam terhadap pengurusan hubungan serta kualiti pengalaman pelanggan.
- Kemahiran Analitikal: Mampu meneliti prestasi kewangan dan petunjuk prestasi utama (KPI) kelab, serta merangka unjuran strategik bagi menjamin keuntungan operasi.
- Kemahiran Kejurulatihan: Mampu melaksanakan tugas "Circuit Coach" yang berprestasi tinggi untuk melatih serta menerajui pasukan dengan efektif.
Sasaran Prestasi (KPI)
- Prestasi & Kemajuan Kelab: Memastikan kelab terus berkembang dengan jumlah pendaftaran ahli baharu sentiasa melebihi kes pembatalan keahlian (Sales > Cancellations).
- Pengekalan Ahli (Retention): Mengekalkan kadar penamatan keahlian bulanan di bawah paras 4%.
- Penglibatan Komuniti: Mengendalikan strategi penglibatan ahli bagi menjamin 33% kehadiran aktiviti fizikal serta memenuhi target 70% bagi Sesi Bimbingan Bulanan (Monthly Coaching Session).
- Pematuhan Garis Masa: Mengurus penyerahan laporan kelab secara berkala serta rekod kutipan pengebilan dengan teliti bagi memastikan semua garis masa yang ditetapkan dipatuhi.
Sertai Pasukan Kami
Temu Duga dengan Pasukan Curves

Acara Kesihatan & Kesejahteraan Korporat

Bersenam di Curves Circuit

Team Building 2025 x Pickleball

Curvette Party 2026

Latihan bertaraf dunia daripada Fasilitator Antarabangsa & Tempatan
