Mulakan Impian Anda Sebagai Pemilik Kelab Curves Hari Ini!
Manfaat Eksklusif Pemilik Kelab Curves
Sebagai jenama gim wanita terkemuka di dunia, Curves menawarkan model perniagaan gim khusus wanita yang terbukti berkesan, lengkap dengan bimbingan yang menyeluruh.

Model Perniagaan Mudah Dipelajari dan Memaksimumkan Pulangan Pelaburan
Model perniagaan yang ringkas, direka untuk memaksimumkan pulangan pelaburan (ROI). Seiring dengan kepesatan industri kesihatan atau “fitness & wellness” masa kini, ini merupakan peluang terbaik untuk anda meraih kelebihan dalam pasaran.
Pada awalnya, Curves dijangka untuk gagal bersaing dalam pasaran yang kompetitif kerana menawarkan model perniagaan terlalu ringkas dan kurang berdaya saing. Hakikatnya, Curves berjaya merevolusikan industri kecergasan di A.S apabila ia menemui pasaran Blue Ocean yang amat besar, iaitu segmen wanita yang sering menghadapi kesukaran untuk mengekalkan rutin kesihatan yang berpanjangan,
– Seperti yang dipaparkan dalam Blue Ocean Strategy
Sokongan Modal
Pernas buat Pemilik Bumiputera
Perbadanan Nasional Berhad (Pernas) ialah syarikat milik Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc.) yang ditubuhkan untuk memimpin pembangunan industri francais di Malaysia. Pernas memainkan peranan penting dalam menerajui pertumbuhan sektor ini demi melahirkan lebih ramai usahawan francais yang berdaya saing. Sebagai Rakan Francais Pernas, Curves Malaysia sedia membantu anda mendapatkan maklumat lanjut mengenai pakej bantuan kewangan menarik yang ditawarkan.

01
Untuk makluman, sokongan modal daripada Pernas adalah khusus buat Usahawan Bumiputera sahaja.
02
Pemohon mesti merupakan perniagaan berdaftar atau berlesen di Malaysia (Sdn Bhd)
03
Pemohon mesti mendapatkan Surat Tawaran daripada Master Francaisor/Master Franchisee
04
Pemohon perlu menandatangani Perjanjian Francais
05
Pemohon perlu melengkapkan Borang Permohonan Pinjaman
06
Hanya pemohon yang tidak disenarai hitamkan oleh CCRIS, CTOS, atau mana-mana bank/institusi kewangan lain yang layak memohon pinjaman.
Langkah-langkah untuk Melancarkan Francais Gim Wanita Anda

LANGKAH 01
Mohon
Mulakan langkah pertama anda hari ini. Hubungi kami melalui e-mel atau isi borang dalam talian untuk pertanyaan awal, dan pihak kami akan menghubungi anda semula bagi menetapkan sesi perbincangan.E-mel: info@curves.com.my atau Laman Web: curves.com.my/franchise

LANGKAH 02
Sesi Penerangan
Sesi konsultasi khas bagi memperincikan peluang perniagaan dan model francais bersama Curves

LANGKAH 03
Selamat Datang ke Curves
Lengkapkan dokumen anda untuk menjadi Francaisi Curves.

LANGKAH 04
Kursus & Latihan
Jalani sesi latihan komprehensif bersama Curves sebagai persediaan bagi memastikan kelancaran pembukaan cawangan baharu anda.

LANGKAH 05
Pelancaran Rasmi
Curves akan terus melangkah bersama anda untuk memastikan kelancaran operasi cawangan anda bagi jangka masa panjang.
Hubungi Kami Hari Ini untuk Mengetahui Lebih Lanjut Tentang Peluang Francais
Bersedia Untuk Bermula?
Kunjungi gim wanita Curves, dapatkan bimbingan daripada jurulatih profesional, dan ketahui bagaimana program latihan Curves boleh membantu anda kekal aktif dan sihat.

