Mengapa Pilih Kami
Gim Eksklusif Wanita Terkemuka di Malaysia
Ruang Eksklusif Wanita
Nikmati gim wanita mengutamakan kesihatan, kekuatan, dan komuniti dalam suasana yang positif.
Mesra Muslimah
Nikmati keselesaan ruang privasi bersama bimbingan barisan jurulatih wanita yang profesional dan komited.

Selamat di Bawah Pantauan Jurulatih
Nikmati senaman litar bersama jurulatih yang sentiasa bersedia untuk memantau teknik dan postur senaman anda.

Untuk Semua Tahap Kecergasan
Sesuai untuk semua peringkat usia dan tahap kecergasan, daripada golongan yang baru ingin bermula hingga warga emas. Program Curves disesuaikan mengikut keupayaan anda demi membina kekuatan fizikal yang berkekalan.




Tentang Kami
Gim Eksklusif Wanita Direka untuk Semua Tahap Kecergasan
Curves lebih daripada sebuah studio kecergasan — ia adalah komuniti yang dibina untuk memperkasakan wanita melalui senaman rintangan hidraulik selama 30 minit yang berkesan, tanpa mengira usia atau tahap kecergasan.
MENGAPA CURVES?
Gim Pilihan Utama Wanita Malaysia:
Kecergasan & Kekuatan
Sebagai Gim Wanita yang eksklusif, Curves menyediakan program latihan khas untuk setiap fasa kecergasan anda. Sama ada anda baru bermula, ingin kembali aktif, atau mahu mencabar keupayaan diri, program Curves sedia membantu anda mencapai matlamat dalam komuniti yang 100% khusus untuk wanita.

Selamat
Sesuai untuk semua tahap kecergasan,
wanita sahaja & mesra Muslimah.

Efisien
Senaman 30 Minit,
Dibimbing Jurulatih

Kekuatan
Teknologi pintar AI,
disahkan oleh pakar
Siapa Wanita Curves
Untuk Semua Wanita

Wanita Berkerjaya & Sibuk
Mengendali kerjaya dan keluarga di fasa “burnout” yang memenatkan sering membuatkan masa kendiri menjadi perkara terakhir yang difikirkan. Namun, kesihatan anda adalah keutamaan yang mutlak. Hanya memerlukan 30 minit, pengisian program ini dirangka secara fleksibel mengikut kemampuan tenaga anda untuk membina semula kekuatan, mengalirkan aura positif, dan menghidupkan kembali kecergasan tubuh yang optimum.

Wanita Prihatin Kesihatan
Berdepan dengan masalah sakit sendi, diabetes, tekanan darah tinggi, atau cabaran berat badan? Anda tidak bersendirian. Curves menyediakan bimbingan dan sokongan untuk membantu anda kembali aktif serta mengambil alih penjagaan kesihatan diri.
Melalui gabungan senaman kekuatan dan kardio, kami bersedia membantu anda mencapai hasil yang nyata demi menjadi versi diri anda yang terbaik.

Wanita Warga Emas
Gim wanita Curves menyediakan suasana yang selamat untuk warga emas untuk terus kekal aktif serta bertenaga dengan membina kekuatan dan keseimbangan fizikal melalui variasi latihan impak rendah yang disesuaikan khas untuk anda.

Wanita Yang Baru Ingin Bermula
Baharu dalam dunia “fitness”? Curves menyediakan ruang mesra pemula yang direka khas untuk wanita. Latihan kami disesuaikan mengikut tahap kemampuan anda untuk membina keyakinan diri. Kami turut menyediakan sesi semakan kemajuan bulanan bagi meraikan setiap pencapaian serta memastikan matlamat anda tercapai, asas terbaik untuk membina kekuatan dan kekal konsisten.




